Monday 24 November 2014

SET ANAK SIHAT DAN PINTAR SHAKLEE

Assalamualaikum...selamat pagiiii!
Cuti-cuti sekolah ni rileks sket pepagi takde kalut macam biasa.sapa yang anaknya darjah 6?mesti neves kan nak tunggu hari esok kan.Ya Allah semoga anak-anak kita semua cemerlang dalam UPSR 2014.
Perasaan 2 tahun lepas berulang kembali.baru lah tahu rupa-rupanya walaupun 10 orang anak yang dah penah amik upsr..debarannya tetap sama.keep on praying semoga usaha mereka dibalas dengan kejayaan.
Setelah berhempas pulas buat ulangkaji kat sekolah,kat rumah,hantar tuition dan most importantly saya bagi supplements Shaklee sebagai salah 1 cara untuk membantu anak-anak supaya kekal cergas dan cerdas.ye lah seawal 6 pagi dah bangun dan aktiviti selesai hanya selepas pukul 10 malam.larat ke anak-anak kita nak menanggung beban penat fizikal dan mental tanpa diberi supplements?oh saya kesian dengan anak-anak saya.saya tak nak diorang stress belajar.biarlah diorang belajar dengan happy dan ceria tanpa rasa terpaksa..nak tau apa yang saya bagi pada anak2?jom cek kat bawah..

Shaklee memperkenalkan Set Anak Sihat & Bijak!! Set ni sesuai untuk semua kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Ianya terdiri daripada suplemen-suplemen berikut:

  1. Meal Shake : mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan. Kaya dengan sumber protein dan kalsium. Kanak-kanak amat memerlukan protein untuk membesar, kuat dan sihat. Sudah terbukti mengatasi masalah anak2 yang picky eater.
  2. Omega Guard : meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu menigkatkan daya ingatan ketika mereka tua kelak. Penyakit asma yang sering menyerang kanak2 juga boleh diatasi dengan pengambilan Omega Guard secara konsisten.
  3. Chewable Vita-C : memelihara daripada jangkitan, meningkatkan imuniti tubuh, menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Menjadi kegemaran kanak2 kerana ia senang dikunyah, macam gula2.

Set ini sememangnya pilihan bijak buat ibubapa yang prihatin. Kos sehari hanya lebih kurang RM3 je.. Apa lah sangat untuk si anak..

Watsapp kak zah 0197752407
Fb: Shahiza Shahrul Azizah

Thursday 20 November 2014

TUN MAHATHIR DAN SHAKLEE

TUN DR MAHATHIR PUN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE

 Umum sedia maklum Tun Dr Mahatir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah hampir 90 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?

5 cara mengekalkan tahap kesihatan sehingga usia emas cara Tun Dr Mahathir ...

1) TIDAK MEROKOK

Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengandungi karbon monoksida akan bergabung dengan hemoglobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemoglobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisyen, terutamanya bahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat. Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

2) TIDAK MINUM ARAK 

 Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

 Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

3) MAKAN SECARA SEDERHANA

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan . Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.
 
4) AMBIL MULTIVITAMIN 
  Gaya hidup kita yang sentiasa sibuk kadangkala sehingga lupa memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan. Jadi jika kita tidak boleh mendapatkan zat atau vitamin daripada pemakanan kita, seharusnya pengambilan multivitamin perlu agar kesihatan dapat dijaga walau dalam keadaan sibuk macam mana sekalipun. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari. 

5) TIDUR YANG CUKUP

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Kak Zah 0197752407
Fb Shahiza Shahrul Azizah

PENAPIS AIR SHAKLEE

APA YANG BEST SANGAT PASAL WATER PITCHER NI???

Ok, jom saya kongsikan apa yang bestnya penapis air Get Clean Water Pitcher Shaklee ni:

👍Mudah untuk digunakan. Hanya tuang air paip ke dalam jag ni untuk ditapis, lepas tu boleh terus minum. Tak perlu susah payah sambung ke paip
👍Filter tu pun tak perlu susah payah cuci. Bila dah cukup tapisan 303 liter (80 gelen) air, tukar saja filter tu. Ada juga sesetengah penapis air yang perlu cuci filter, leceh kan. So, yang penapis air Shaklee ni senang kerja la, tukar jer. Tak mahal pun filter tu, harga memang mampu milik, so jangan risau k

👍Kualiti air yang jernih dan rasanya yang sedap, setanding dengan penapis air yang harganya ribu-ribu
Nak bawa ke mana-mana pun boleh. Bawa balik kampung ke, travel atau holiday ke..
 
~Sedikit fakta mengenai Get Clean Water Pitcher Shaklee~

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.


Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

~Kelebihan dan Keistimewaan Get Clean Water Pitcher~

👌Menandingi jenama terkemuka yang lain
👌Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
👌Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
👌Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
👌Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Hanya beberapa sen bagi seliter air
👌Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
👌Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
👌Ringan dan mudah dibawa 
👌Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak 

Kak zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah


Tuesday 11 November 2014

BAHAYAKAH VITAMIN SINTETIK?

[VITAMIN SEMULAJADI VS VITAMIN SINTETIK]

#Vitaminsemulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

#Vitaminsintetik dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang ada ciri2 seakan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya formula empirik bagi asid askorbik (vitamin C) adalah C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 seperti karbon, hidrogen dan oksigen ni boleh dihasilkan daripada apa2 bahan untuk menghasilkan asid askorbik.

Omg!!!!Menakutkan bukan? rupanya yang masuk dalam badan kita ni bahan kimia. Patutlah ramai yg makan akan ada yang mendapat kesan sampingan.. So fikirlah dulu sebelum mengambil vitamin.. Pilihlah yang semulajadi.

Hah apa tunggu lagi..sila cek kandungan vitamin anda yg kat atas peti..kat dalam peti..kat dalam gobok tu..
Semulajadi @ sintetik???

#shakleeNaturalBased100%
#alwaysGreen
#alwaysWork
#alwaysSafe

Kak Zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah

ATASI MASALAH HIPOTENSI DENGAN SHAKLEE

[TEKANAN DARAH RENDAH]

Saya mengalami masalah tekanan darah rendah sejak zaman sekolah lagi.doktor cakap masalah ini tak ada ubat.cuma jangan skip waktu makan.seringkali jatuh pitam semasa perhimpunan.sampai tak berani nak join kadet polis macam kawan-kawan yang lain.mahu tapi tak berdaya..sian kan?

Sehinggalah suatu ketika di usia saya 34 tahun ini segalanya berubah..tekanan darah kembali normal macam orang lain.bebas dari dari rasa nak pitam.bebas masalah sakit kepala.syukur alhamdulillah..semuanya hanya kebetulan tanpa perancangan.

Nak tau apa yang saya amalkan?
Watsapp Kak Zah 0197752407

Fb:Shahiza Shahrul Azizah


KURUS DAN SIHAT

Dah beribu berhabis untuk kurus?
Macam2 jenis ubat dah pernah telan?
Berat tak jugak turun2 malah makin bertambah?
Ada yang turun tapi bila stop ambil ubat boom naik balik 10kg kau..
Takkan la selamanya nak bergantung dengan ubat..
Tak takut ke kesan jangka panjang akibat pengambilan 'ubat' yang berterusan?
Ada juga yang nak berdiet secara semulajadi..
Work out siang malam..
Sekali naik penimbang takkk jugak berubah jarum tu..
Stress???putus asa???
Jangan putus asa sebelum berjuang habis-habisan dik non!
Jeles tak tengok akak yang kat dalam gambo tu?
Ahaaa akak la kat dalam gambo tu..hihihi
Meh la pm kalau nak tau caranya macam mana boleh selim melim selepas bertahun2 mengembang je.kita share jom.kalau nak cepat reply boleh watsapp je k..

Fiy:ini masa akak belum mengandung ualls..nanti dah bersalin haruslah kembali gojesss!

Kak zah 0197752407


Saturday 8 November 2014

KELEGAAN SENDI DAN SAKIT LUTUT DENGAN SHAKLEE

[3 Supplement ini adalah digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah lutut sakit / sendi]

👍ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
Mengandungi ekstrak boswellia yang membantu untuk menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.
Tidak mengandungi kondroitin. Kondroitin sulfat boleh menyebabkan penyerapan glucosamin terganggu.

👍OMEGA GUARD
Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 bersama dengan glucosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi.
Kandungan omega-3 dalam Omega Guard membantu melambatkan degradasi tulang rawan
Membantu mengurangkan keradangan dalam sendi
Bertindak sebagai pelincir - membantu memudahkan pergerakan terutama pada bahagian lutut.

👍OSTEMATRIX
Lebih daripada sekadar kalsium!
Juga mengandungi magnesium serta vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
Mengandungi nutrisi lain seperti zinc, boron, tembaga dan banyak lagi.
OsteMatrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.


Sekiranya anda ada bajet tertentu.. tak mahu beli sekaligus pon xpe...saya ingin membantu anda, saya akan menyarankan supplement yang bersesuaian dengan anda mengikut bajet yang anda sendiri tentukan. Beritahu saya,dan saya akan bantu anda!

sitinorazizah920702.blogspot.com
Kak Zah 0197752407


Thursday 6 November 2014

VITAMIN WAJIB SEBELUM TIDUR MALAM

Assalamuaikum...selamat malam peeps!!!baru dapat landing dengan aman damai..lepas kelas alam maya tadi siap-siap ampai baju dan basuh pinggan..setel!

Perkara wajib sebelum tido ialah telan pil kalsium (OSTEMATRIX).Saya tak ada masalah nak minum sebarang jenis minuman tenusu tp bermasalah nak pilih jenama susu yang sesuai.jadi takut pulak bila nurse pon ada pesan jangan min susu jenama sekian2...takut nanti elok-elok sihat kena caj ada diabetic pulak.nauzubillah...short cut dia telan je la pil.4 bijik sebelum tido dah menjamin dosage yang diperlukan badan manusia.yang bestnya esok senang nak bangun pagi dan x sakit pinggang.maklum la ngandung ni mudah diserang sakit pinggang.bila makan ostematrix pinggang jadi ok.itu maknanya x cukup kalsium la kan.
Esp pun sumber kalsium+protin.saya amik sebagai supper..x berani nak amik makanan berat sebelum tido kalau rasa lapar.umo dah 30an kan..tahap metabolisme tak macam 20an..takut nanti lepas bersalin pon badan masihhhh macam mengandung..tak mo tak mo!
Oleh itu jom lah kite beringat2 dari sekarang..sesapa nak dapatkan khidmat nasihat secara percuma drpd Kak Zah boleh contact akak ye...feel free to share with ualls!muahhhs

SID 920702
Kak Zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah

Wednesday 5 November 2014

PERLUKAH SUPPLEMENT DI ZAMAN SERBA MODEN?

[Kenapa Pengambilan penting untuk anda?]

🌿1. Pencemaran – Tahap pencemaran semakin meningkat dari hari ke hari. Tambah memburukkan keadaan apabila2 perkara yang menjadi nadi kehidupan iaitu udara yang anda hirup dan air yang kita minum juga turut tercemar, sebab tu la anda kena ambil supplement untuk menyahtoksinkan badan anda.

🌿2. Keperluan Nutrisi – Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. Ada sebahagian nutrisi yang tubuh anda perlukan lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain.

🌿3. Buah-buahan dan sayuran telah tercemar dan kurang nutrisi – Kebanyakan buah-buahan dan sayuran ditanam menggunakan racun perosak yang menyebabkan ianya telah tercemar semasa proses penanaman lagi.

🌿4. Gaya hidup – Gaya hidup masa kini adalah antara penyumbang terbesar kepada punca pelbagai penyakit. Antaranya ialah ‘fast food’ sebagai makanan ruji, rokok sebagai lambang kematangan,  tidak bersenam dan lain-lain.

🌿5. Berlebihan semasa makan – Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan. Masalahnya kebanyakan makanan tersebut adalah yang boleh memudaratkan kesihatan. Contohnya roti canai, nasi lemak, kari dan lain-lain lagi.

🌿6. Penyerapan nutrisi – Masalah yang sering berlaku ialah apabila tubuh gagal menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan. Antara faktornya ialah pengambilan makanan atau minuman yang boleh mengganggu penyerapan sesuatu nutrisi.

🌿7. Kehilangan Nutrisi –  Majoriti makan yang anda makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediannya lagi. Ini menyebabkan anda hanya dapat rasa lazat daripad makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.

Inilah 7 sebab kenapa anda perlukan supplement dalam kehidupan seharian anda. Tubuh yang kekurangan nutrisi akan menyebabkan sistem tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan ia akan menghalang anda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
Masih berkira-kira nak ambil supplement atau tidak?
Buatlah pelaburan bijak anda sekarang untuk kesihatan anda di masa akan datang. Pastikan anda pilih supplement yang semulajadi dan bukannya sintetik ye..:)



Tuesday 4 November 2014

TALLY COUNTER

Assalamualaikum...
Semoga anda semua beroleh kesejahteraan di permulaan hari ini.ameeen...
Pagi ni kelam kabut mencari tasbih digital saya yang kecik molek n pink kaler tu..missing in action buat kesekian kalinya..haishhh masyaAllah...maklum la rumah orang nak pindah..serabut sikit..sikit je tau..hihihi..
Dah puas selongkar suma tempat tiba2 terfikir try cari kat app store la..mesti ada app yang sesuai..yesss!!!tepat sekali sangkaan kak zah..ada 2 app untuk tally counter.terus install..cepat je pulak siap install..yeayyyyy...alhamdulillah..lagi best rupanya app ni sebab tak payah tekan kuat2 macam yang digital..touch je.1 lagi tak mengantuk semasa berzikir sebab ada sound..ha sekejap ja rasa dah setel..heeee...boleh lah kalau korang nak cuba..sekarang dah takde alasan tak sempat nak berzikir kat mana2 sebab handphone akan sentiasa ada bersama kita.betul tak?k byeeee..nak p sarapan ESP + milo sat...muaahhhs

Kak Zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah


Monday 3 November 2014

Perbezaan Shaklee

[20 Sebab Shaklee Berbeza dari Syarikat Vitamin Yang lain]

Memang banyak syarikat vitamin kat dunia ni. Kita bebas untuk pilih yang mana kita suka, tapi saya ada sebab kenapa saya pilih vitamin Shaklee berbanding vitamin-vitamin lain di farmasi yang mungkin jauh lebih murah. Shaklee mula lahir sebagai syarikat sejak tahun 1956, bermakna sudah 58 tahun Shaklee bertapak kat dunia ni. Lama kan? Bukan senang nak mengekalkannya sehingga berpuluh-puluh tahun kalau tidak disokong oleh product-product dan sistem yang sangat bagus. Itulah sebab kenapa saya pilih Shaklee dan kenapa saya masih setia dengan Shaklee. Ada banyak lagi sebab lain dan itulah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan syarikat vitamin yang lain yang ada di pasaran.

58 tahun kekal dan kukuh di Amerika Syarikat dan lebih 20 tahun kukuh di Malaysia, agaknya apalah yang istimewanya syarikat Shaklee ni kan?
Saya senaraikan 20 sebab yang cukup untuk anda tak ragu-ragu memilih product Shaklee.

1.) Shaklee diasaskan oleh seorang yang asalnya sakit tapi kembali sihat tanpa ubat.

Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894. Beliau dilahirkan dengan masalah batuk kering dan doktor semua bersetuju dia tidak mungkin akan hidup. Kepercayaan orang tua beliau dalam hal-hal alam membawa mereka bergerak ke utara di mana mereka percaya, tanah yang subur boleh menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Beliau tidak bergantung kepada ubat untuk menyembuhkan sakitnya.

 2.) Shaklee berpegang kepada prinsip asas, iaitu kesihatan lahir dari pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman.



Dr Shaklee berkata kesihatan beliau yang semakin baik bukanlah penyembuhan ajaib, kerana
beliau berkata walaupun sihat dengan amalan pemakanan dan persekitaran yang baik mungkin memberi kesan yang lambat tetapi ia pasti. Pada usia yang seawal mungkin ia telah difahamkan bahawa kesihatan mempunyai segala sesuatu yang berkaitan dengan pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman.


3.) Shaklee bertindak untuk membina kesihatan, bermakna untuk mencegah dari berlakunya sakit. Lebih murah mencegah daripada mengubati. 

Apabila Dr Shaklee telah ditanya mengapa beliau memutuskan untuk mengkaji perubatan kiropraktik bukannya menjadi doktor perubatan, dia berkata, "Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan."

4.) Peneraju Shaklee mempunyai kepakaran dalam bidang pemakanan.

Dr Shaklee membuka pusat latihan pertamanya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau bercakap kepada pesakit tentang diet mereka, yang tidak biasa pada masa itu, dan merancang diari pemakanan terperinci untuk memantau kemajuan pesakit.

5.) Shaklee adalah syarikat yang pertama mengasaskan vitamin. 

Perkataan VITAMIN sebenarnya lahir dari product multivitamin pertama dunia yang dihasilkan oleh Dr Forrest Shaklee.
Produk pertama Dr Shaklee pada tahun 1915 telah dipanggil "Vitalized Mineral" di mana beliau mengasingkan sebatian semula jadi daripada sayur-sayuran untuk menilai kandungan mineral mereka. Dr Shaklee bekerjasama dengan ahli biokimia Poland muda, Casimir Funk, yang akhirnya menamakan sebatian ciptaan Dr Shaklee sebagai "vitamin". Ini adalah penggunaan pertama perkataan vitamin.

6.) Pengasas Shaklee mempunyai lebih dari 1 ijazah 

Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia, falsafah dan ketuhanan.

7.) Formulasi vitamin Shaklee telah dipakejkan sejak tahun 1924.

Pada tahun 1924, Dr Shaklee membina pusat penjagaan kesihatan yang lengkap dengan kakitangan kiropraktor, osteopati, pengamal am dan pakar bedah. Untuk pertama kalinya rumusan Dr. Shaklee sebagai makanan tambahan dipakejkan dan dikeluarkan.

8.) Piramid makanan yang ada pada hari ini adalah hasil dari ciptaan pengasas Shaklee yang kemudiannya digunapakai secara meluas untuk merancang diet sihat.

Pada tahun 1928, beliau membangunkan regimen diet di mana beliau mencadangkan kepada semua pesakitnya untuk ikut diet tersebut. Diet ini adalah sama dengan piramid Panduan Makananyg  kini disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dengan penekanan pada bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dan penggunaan minimum lemak dan gula.

9.) Shaklee menekankan aspek spiritual yang tinggi. 

Pada Januari 1929dr forrest dilantik menjadi menteri dan pada tahun 1933, beliau secara rasmi menerima doktor ijazah ketuhanan. Penekanan aspek hubungan ketuhanan yang baik akhirnya mengambil bentuk sebagai falsafah Shaklee ini. Dari segi kepercayaan kami sebagai umat Islam, hubungan yang baik dengan Allah amat ditekankan kepada semua SID.

10.) Prinsip pemasaran product adalah untuk berkongsi kebaikan product dan menjadikan supaya seluruh dunia mendapat kesihatan yang lebih baik. 

Dr Forrest Shaklee melancarkan Perbadanan Shaklee untuk memasarkan produk beliau. Impiannya adalah untuk berkongsi produk dan kesihatan yang lebih baik dengan dunia. Dan impian kami semua di dalam keluarga Shaklee juga adalah sama iaitu ingin membantu lebih ramai orang di luar sana capai kesihatan yang baik dan kebebsan kewangan.

11.) Product Shaklee diiktiraf sebagai makanan, bukan ubat. 

Produk nutrisi Shaklee diiktiraf oleh kerajaan amerika syarikat sebagai makanan. Banyak syarikat pemakanan yg lain dianggap syarikat ubat.

12.) Shaklee adalah syarikat peneraju supplement

Shaklee adalah pembekal terbesar di dunia bagi vitamin dan mineral, dan dianggap sebagai pemimpin dalam industri pemakanan.

13.) Semua product Shaklee diuji secara klinikal oleh 3rd party dan terbit dlm jurnal-jurnal kesihatan anatarabngsa.

Shaklee mempunyai produk mereka sendiri diuji secara klinikal oleh sumber-sumber luar yang tidak berat sebelah (seperti Universiti Yale dan Harvard University) memberikan bukti saintifik bahawa produk-produk terurai dan digunakan oleh badan anda. Beratus-ratus ujian ini diterbitkan dalam jurnal-jurnal pemakanan dan perubatan seperti:

a. The American Journal of Clinical Nutrition 
b. The Journal of Nutrition 
c. Jurnal Persatuan Dietetik Amerika 
d. Journal of Applied Physiology
e. American Journal of Cardiology 

14.) Shaklee buat ujian klinikal untuk product yang sebenar. 

Sesetengah syarikat hanya memaparkan kajian klinikal yang dibuat terhadap ingredient, tetapi produk mereka yang sebenarnya tidak pernah diuji kerana undang-undang tidak memerlukannya. Namun Shaklee buat kajian demi kajian terhadap product.

15.) Produk Shaklee adalah seimbang dan merupakan makanan tambahan yang paling asli. 

Secara keseluruhan makanan mengandungi nutrisi penting yg diketahui, nutrien tidak diketahui, fitokimia dan enzim.

16.) Shaklee mempunyai kajian sendiri dan makmal pembangunan di Hayward, California, dan makmal kedua dibangun bersamaan dengan Universiti Stanford di Palo Alto, California.

17.)  Shaklee mempunyai kilang pembuatan product yang tersediri, yg terletak di di Norman, Oklahoma.

Syarikat vitamin yang lain kebanyakan hanya membeli vitamin mereka dari pusat makmal dan meletakkan label mereka sendiri pada product.

18.) Shaklee membelanjakan lebih dari $ 250 juta untuk penyelidikan dan ujian.

 Shaklee mempunyai lebih 150 ahli-ahli sains pada kakitangan, dan lembaga penasihat yang terdiri daripada doktor, profesor dan saintis dari industri terkemuka dan universiti-universiti di seluruh dunia.

19.) Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun yang merangkumi 23000 ujian berasingan untuk ketulenan dan keselamatan dilakukan ke atas bahan-bahan untuk satu produk

Semua tuntutan produk Shaklee telah mendokumentasikan bukti. Produk menjalani sebanyak 80000 ujian jaminan kualiti yang berasingan sepanjang proses pembuatan.

20.) PRODUK Shaklee ADALAH 100% DIJAMIN!

Shaklee memegang prinsip Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Berjuta penduduk dunia telah merasai keberkesanan Shaklee bukan hanya di Malaysia tapi juga di Singapore, Indonesia, Kanada, China, US, Jepun, Mexico dan Taiwan.







SET-SET OMEGA GUARD

Hai selamat malam suma...santai2 sebelum tdo jom fikir2 tentang orang tersayang disekeliling kita..mak ayah,suami,mak ayah mertua,anak2...mutu kesihatan diorg macam mn?sihat ke?asyik bergantung dengan ubat ke diorang?kalau korang belum pernah mencuba supplement..inilah masanya untuk berubah..sempena offer #OMEGAGUARD bulan ni saya nak cerita pasal omega je la dulu..kat bawah ada jadual untuk set-set yang mengandungi omega guard..jika korang perlukan khidmat nasihat boleh contact Kak Zah ye..percuma jewww...hihihi 
Ok ngantuk dah..nak tengok anak2 jap sebelum berangan mimpi yang indah-indah malam ni..niteeeee!

SID 920702
Kak Zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah

Saturday 1 November 2014

VITAMIN TAMAT TEMPOH.SELAMAT @ TIDAK?

[SELAMATKAH UNTUK TERUS MAKAN VITAMIN YANG TAMAT TEMPOH?]

💊Jawapannya ialah SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

💊Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru.

💊Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

💊Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemejalwapan berlaku dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

💊Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten bermula dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh. 

Untuk lebih maklumat boleh hubungi akak ye.,

YourTrustSID 920702
Kak Zah 0197752407
Fb : Shahiza Shahrul Azizah




SEBAB-SEBAB VITAMIN TIDAK BERKESAN.

♥️5 SEBAB VITAMIN YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN♥️

1⃣FAKTOR 1: Tak suka minum air putih
Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.

👌Tahukah anda ? - Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan
👍Saranan - Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.

2⃣FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 
Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.

👌Tahukah anda? – Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.
👍Saranan – Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.

3⃣FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat
Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.

👌Tahukah anda? – Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.
👍Saranan - Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.

4⃣ FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian
Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.

👌Tahukah anda? - Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.
👍Saranan – Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

5⃣ FAKTOR 5 : Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.

👌Tahukah anda? 
Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.
👍Saranan – Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,
✔️Vitamin HALAL
✔️Vitamin SEMULAJADI
✔️Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
✔️Vitamin SELAMAT
✔️Dan paling penting, kita perlu mengamalkan vitamin secara konsisten selama 90 hari atau 3 bulan berturut-turut kerana sel kita memerlukan masa selama 90-120 hari untuk hidup dan serasi dengan darah kita
Kesimpulannya, anda mesti memilih Perunding Vitamin Anda dengan bijak